Jumaat, 26 Julai 2019 | 9:51am

Brent susut 24 cents kepada AS$63.15 setong

TOKYO: Harga minyak susut pada Jumaat selepas undian yang dijalankan Reuters menunjukkan pertumbuhan ekonomi global mungkin perlahan di tengah-tengah perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, meskipun kerugian dibatasi ketegangan di Timur Tengah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 24 cents, atau 0.4 peratus pada AS$63.15 setong pada 0049 GMT.

Penanda aras antarabangsa itu naik 0.3 peratus pada sesi sebelumnya.

Manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut 5 cents, atau 0.1 peratus pada AS$55.97 setong, selepas meningkat 0.25 peratus semalaman.

Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka perlahan, meskipun harapan bahawa bank pusat utama akan mengurangkan kadar atau mengurangkan dasar pada masa akan datang, demikian menurut tinjauan Reuters ke atas lebih 500 ahli ekonomi yang masih bimbang mengenai perang dagangan AS-China.

Trend pesimis dilihat semakin meningkat menerusi tinjauan terkini yang diambil pada 1 hingga 24 Julai, yang mana 45 ahli ekonomi mengunjurkan prospek pertumbuhan hampir 90 peratus.

Tinjauan berkenaan bukan hanya terpakai pada tahun ini, tetapi jangkaan untuk 2020.

Walaupun terdapat kebimbangan mengenai gangguan bekalan di Timur Tengah yang menyebabkan kepada kenaikan harga minyak baru-baru ini, minyak secara amnya berada di bawah tekanan berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global di tengah-tengah ketegangan antara AS-China sejak tahun lalu.

-REUTERS

Berita Harian X