Isnin, 19 Ogos 2019 | 10:16am

Brent AS$59.09 setong

SINGAPURA: Harga minyak mentah meningkat hari ini berikutan serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi oleh puak pemisah Yaman pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun kenaikan dihadkan oleh laporan kurang memberangsangkan luar jangkaan dari OPEC yang menimbulkan kebimbangan mengenai pertumbuhan terhadap permintaan.

Minyak mentah Brent naik 45 cent atau 0.8 peratus kepada AS$59.09 setong pada 0035 GMT.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) juga menokok 39 cent atau 0.7 peratus kepada AS$55.26 setong.

Peningkatan harga minyak mentah didorong oleh serangan dron oleh kumpulan Houthi di lapangan minyak di timur Arab Saudi pada Sabtu sekali gus menambah ketegangan di Asia Barat.

Serangan berkenaan menyebabkan kebakaran di loji gas, namun syarikat minyak Arab Saudi, Aramco berkata pengeluaran minyak tidak terjejas.

Namun, kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dan kebimbangan terhadap pertumbuhan permintaan minyak menjejaskan harganya.

Dalam laporan bulanan, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan global pada 2019 sebanyak 40,000 tong sehari (bpd) kepada 1.10 juta bpd dan ia menunjukkan lebihan pasaran akan sedikit pada tahun depan.

Laporan itu jarang berlaku apabila OPEC memberikan prospek lemah berhubung unjuran pasaran.

- Reuters

119 dibaca
Berita Harian X