Isnin, 19 Ogos 2019 | 10:37am

Saham Asia lebih tinggi

TOKYO: Saham Asia meningkat hari ini disokong harapan lebih banyak rangsangan dari bank pusat di seluruh dunia dan langkah yang diambil oleh negara ekonomi utama seperti Jerman dan China yang meredakan kebimbangan pelabur terhadap kemerosotan mendadak ekonomi dunia.

Sejak beberapa minggu lalu, kebimbangan tentang kemelesetan yang dicetuskan oleh keluk hasil bon Amerika Syarikat (AS) songsang yang membawa kepada ‘kekacauan’ dalam pasaran kewangan.

Ia juga mendorong spekulasi lebih banyak sokongan dari penggubal dasar termasuk Rizab Persekutuan AS yang mana mengurangkan kadar faedah buat kali pertama bulan lalu sejak krisis kewangan.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun menambah 0.25 peratus.

Saham Australia menambah 0.7 peratus, KOSPI Korea Selatan menokok 0.5 peratus dan Nikkei Jepun meningkat 0.7 peratus.

Saham Wall Street melantun semula pada Jumaat selepas laporan bahawa kerajaan gabungan Jerman bersedia untuk mengetepikan peraturan anggaran belanjawan seimbang bagi mengambil hutang baru dan melancarkan langkah rangsangan untuk menangani kemungkinan kemelesetan.

Selain itu, langkah bank pusat China memperkenalkan perubahan kadar faedah yang dilihat sebagai panduan pemotongan kadar faedah membantu memacu kos pinjaman lebih rendah kepada syarikat dan sokongan kepada cengkaman perang dagang yang berterusan dengan AS.

- Reuters

47 dibaca
Berita Harian X