Selasa, 20 Ogos 2019 | 10:29am
Minyak mentah Brent susut 3 cent atau 0.05 peratus kepada AS$59.71 setong pada 0147 GMT, selepas meningkat 1.88 peratus pada Isnin. - Foto hiasan

Brent susut kepada AS$59.71 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, namun kerugian terhad apabila pasaran ekuiti meningkat dan peniaga berharap ketegangan perdagangan Sino-Amerika Syarikat (AS) kembali reda.

AS berkata, ia akan melanjutkan permit Huawei Technologies membeli komponen daripada syarikat AS, petanda perang dagang semakin reda antara dua negara itu.

Minyak mentah Brent susut 3 cent atau 0.05 peratus kepada AS$59.71 setong pada 0147 GMT, selepas meningkat 1.88 peratus pada Isnin.

Minyak mentah AS susut 15 cent atau 0.3 peratus kepada AS$56.06 setong, selepas naik 2.44 peratus pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, lanjutan permit disifatkan sebagai ‘nada positif’ menjelang rundingan perdagangan AS-China bulan depan, kata Rakan Pengurus VM Markets, Stephen Innes dalam nota penyelidikan.

“Krisis perdagangan AS-China berada di tengah-tengah kemerosotan pasaran minyak yang menyaksikan ekonomi global berada di ambang kemelesetan dan memberi impak negatif kepada unjuran permintaan minyak,” katanya.

Kenaikan dalam pasaran ekuiti di seluruh dunia adalah hasil daripada jangkaan bahawa ekonomi global memberi tindak balas terhadap pertumbuhan perlahan dan sokongan harga minyak yang mana beriringan dengan harga saham.

- Reuters

67 dibaca
Berita Harian X