Selasa, 20 Ogos 2019 | 10:40am

Saham Asia teruskan kenaikan

TOKYO: Saham Asia meneruskan kenaikan hari ini disokong harapan terhadap rangsangan dalam ekonomi utama yang mengecilkan kebimbangan tentang kemelesetan ekonomi global.

Rangsangan itu juga membantu memacu aset berisiko dan menjana keuntungan daripada aset selamat seperti bon dan emas.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.04 peratus, sementara Nikkei Jepun melonjak 0.47 peratus.

Situasi yang positif itu dibantu oleh kenaikan semalaman di Wall Street dengan S&P 500 menambah 1.21 peratus.

Niaga hadapan minyak mentah juga susut ekoran petanda kebimbangan terhadap serangan di lapangan minyak Arab Saudi minggu lalu yang semakin reda, namun segelintir peniaga memantau kapal tangki Iran di tengah-tengah ketegangan antara Tehran dan Washington.

Buat masa ini, pelabur menikmati isyarat penggubal dasar yang bersedia melaksanakan lebih banyak sokongan kepada ekonomi bagi menangani perang dagang yang diterajui oleh pertelingkahan mengenai tarif oleh Sino-Amerika Syarikat (AS).

Tumpuan akan beralih kepada minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) yang diumumkan pada rabu.

- Reuters

65 dibaca
Berita Harian X