Rabu, 18 September 2019 | 9:34am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, menyongsang kenaikan semalam, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung selain menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran serantau, walaupun kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.13 mata pada 1,597.17 berbanding 1,604.30 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 4.73 mata lebih rendah pada 1,599.57.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 110 berbanding 103 dengan 144 kaunter tidak berubah, manakala 1,614 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Sejumlah 122.47 juta saham bertukar tangan bernilai RM36.21 juta. - BERNAMA

Berita Harian X