Selasa, 5 November 2019 | 9:57am
Harga minyak mentah merosot pada dagangan hari ini. - Foto hiasan
Harga minyak mentah merosot pada dagangan hari ini. - Foto hiasan

Harga minyak mentah susut

TOKYO: Harga minyak mentah merosot pada dagangan hari ini di tengah-tengah kebimbangan sama ada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara lain akan terus mengekang hasil minyak mentah.

Harga minyak susut selepas meraih keuntungan dua hari berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan harapan perjanjian dagang Washington-Beijing.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 14 cents atau 0.2 peratus pada AS$61.99 setong, selepas mencatat kenaikan 0.7 peratus dalam sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS pula susut 18 cents atau 0.3 peratus pada AS$56.36 setong.

Pasaran kini sedang menunggu kemungkinan lanjutan had pengeluaran semasa yang ditetapkan OPEC yang telah menyokong harga minyak.

Sementara itu, Rusia merendahkan hasil minyaknya kepada 11.23 juta tong sehari bulan lalu daripada 11.25 juta tong sehari pada September. -REUTERS

Berita Harian X