Selasa, 14 Januari 2020 | 6:26pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti jualan berterusan dalam keseluruhan pasaran seiring dengan prestasi bercampur-campur yang dicatatkan bursa serantau lain, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.13 mata kepada 1,580.60 daripada paras penutup 1,584.73 pada Isnin.

Indeks itu dibuka tinggi naik 0.26 mata kepada 1,584.99, dan bergerak antara paras 1,571.89 dan 1,587.47 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran di bursa tempatan kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 541 berbanding 336, manakala 424 kaunter kekal tidak berubah, 658 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik sedikit kepada 2.65 bilion saham bernilai RM1.77 bilion daripada 2.61 bilion saham bernilai RM1.64 bilion.

Peniaga itu berkata, prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur gagal menyediakan hala tuju kepada pasaran tempatan dan ringgit yang lemah juga menambahkan lagi tekanan kepada pasaran.

“FBM KLCI terus lemah, kekal di bawah paras 1,600. Namun, ia berjaya kekal di atas paras sokongan 1,575.

“Bagaimanapun, saham syarikat teknologi permodalan kecil dan sederhana kekal positif dan kami jangka prestasi ini akan berterusan. Justeru itu, pelabur boleh mencari saham berkaitan teknologi,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata prestasi lemah saham perladangan hari ini adalah disebabkan oleh berita bahawa pengimport minyak sawit India menghentikan semua pembelian daripada pembekal utama Malaysia selepas kerajaan India secara peribadi menggesa mereka memboikot produk tersebut.

Penurunan dalam kaunter berkaitan perdagangan hari ini diterajui Sime Darby Plantation yang jatuh 12 sen kepada RM5.30 manakala KL Kepong turun enam sen kepada RM24.68 dan Genting berkurangan dua sen kepada RM6.15.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.65, Public Bank jatuh lapan sen kepada RM19.14, Tenaga susut enam sen kepada RM12.90 dan Petronas Chemicals berkurangan enam sen kepada RM7.09.

Dutch Lady kekal sebagai kaunter rugi utama selepas jatuh 66 sen untuk ditutup kepada RM46.64.

Dalam kalangan kaunter cergas, Vortex susut dua sen kepada 15 sen, Priceworth naik setengah sen kepada tiga sen dan MYEG meningkat satu sen kepada RM1.13.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.21 mata kepada 11,283.20 manakala Indeks FBM Emas Shariah jatuh 17.60 mata kepada 11,926.16.

Indeks FBMT 100 berkurangan 26.84 mata kepada 11,072.43, FBM 70 susut 26.06 mata kepada 14,214.43, manakala FBM ACE meningkat 47.57 mata kepada 5,550.45.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.28 mata kepada 152.48, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 73.51 mata kepada 15,378.99 dan Indeks Perladangan jatuh 74.42 mata kepada 7,602.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.76 bilion saham bernilai RM1.56 bilion berbanding 1.67 bilion saham bernilai RM1.45 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran turun kepada 254.94 juta unit bernilai RM45.22 juta daripada 284.37 juta unit bernilai RM50.35 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 637.78 juta saham bernilai RM168.47 daripada 638.26 juta saham bernilai RM140.22 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 291.59 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (336.30 juta), pembinaan (99.62 juta), teknologi (244.60 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.29 juta), hartanah (121.69 juta), perladangan (137.80 juta), REIT (11.20 juta), dana tertutup (132,000), tenaga (369.20 juta), penjagaan kesihatan (14.48 juta), telekomunikasi dan media (21.05 juta), pengangkutan dan logistik (53.57 juta) dan utiliti (23.16 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X