Jumaat, 17 Januari 2020 | 8:46pm

Sentimen positif dorong Bursa Malaysia ditutup kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh buat hari ketiga beturut-turut hari ini, menjejaki prestasi tinggi bursa serantau, dengan sentimen pasaran yang positif mendorong pelabur untuk membeli aset lebih berisiko.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.93 mata, paras tertinggi harian pada 1,595.81 berbanding 1,587.88 pada penutupan Khamis.

Walaupun dibuka rendah pada 1,586.96 dalam dagangan awal, indeks utama bergerak dalam jajaran positif sepanjang hari, disokong oleh belian, terutama saham telekomunikasi.

Axiata menyumbang 3.885 mata kepada indeks komposit apabila sahamnya menokok 24 sen kepada RM4.60 susulan berita bahawa Telenor ASA menyambung semula rundingan dengan Khazanah Nasional Bhd dalam beberapa bidang berpotensi, termasuk membeli sebahagian kepentingan dana kekayaan negara itu dalam syarikat telekomunikasi utama.

Digi dan Maxis menyumbang 2.48 mata.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh di Bursa Malaysia positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 388, manakala 427 kaunter tidak berubah, 684 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.84 bilion saham bernilai RM2.56 bilion berbanding 2.59 bilion saham bernilai RM1.91 bilion.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran menyambut baik perdamaian yang dicapai oleh Amerika Syarikat (US) dan China. Ia menaikkan saham-saham dunia, dengan ketiga-tiga indeks penanda aras US mencecah paras tertinggi baharu, pada Khamis.

Beliau berkata kaunter wajaran tinggi terus memacu momentum dan menaikkan FBM KLCI.

“Aliran meningkat ini disokong oleh perjanjian perdagangan AS-China yang positif, yang ditandatangani pada Rabu. Bagaimanapun, keadaan ini tidak akan lama. Pemangkin tempatan diperlukan untuk mendorong indeks selanjutnya,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Maybank menambah satu sen kepada RM8.62, Public Bank naik empat sen kepada RM19.60, manakala Tenaga tidak berubah pada RM12.90.

Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM7.03 manakala CIMB susut satu sen kepada RM5.16.

Antara saham aktif, Vortex turun 1.5 sen kepada 10.5 sen, Sapura Energy susut setengah sen kepada 26.5 sen, Alam Maritim naik satu sen kepada 16.5 sen manakala Perdana Petroleum menokok 6.5 sen kepada 49.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 47.85 mata kepada 11,363.55, Indeks FBM Emas Shariah menambah 71.72 mata kepada 12,019.22, Indeks FBMT 100 menokok 47.74 mata kepada 11,152.73, dan FBM 70 meningkat 29.18 mata kepada 14,209.89.

FBM ACE bagaimanapun susut 20.91 mata kepada 5,565.12.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.13 mata kepada 153.88, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 7.59 mata kepada 25,418.24 manakala Indeks Perladangan menambah dex improved 16.01 points to 7,535.43.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.91 bilion saham bernilai RM2.03 bilion berbanding 1.71 bilion saham bernilai RM1.69 bilion pada hari Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 314.94 juta unit bernilai RM61.07 juta daripada 290.05 juta unit bernilai RM47.7 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 617.59 juta saham bernilai RM171.03 juta daripada 607.22 juta saham bernilai RM176.44 juta semalam.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 234.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (214.78 juta), pembinaan (264.53 juta), teknologi (140.26 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.77 juta) 163.2 juta), perladangan (88.97 juta), REIT (14.75 juta), dana tertutup (38,000), tenaga (564.12 juta), penjagaan kesihatan (23.19 juta), telekomunikasi dan media (74.77 juta) dan utiliti (28.72 juta).

– BERNAMA

Berita Harian X