Selasa, 21 Januari 2020 | 6:38pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, selari aliran menurun di pasaran serantau, dengan kerugian kaunter wajaran tinggi terpilih mengheret turun indeks tempatan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.55 mata kepada 1,587.33 berbanding 1,588.88 pada penutupan Isnin.

Indeks penanda aras bergerak di antara 1,587.10 dengan 1,592.59 di sepanjang sesi selepas dibuka 0.41 mata lebih tinggi pada 1,589.29 pagi ini.

Kedudukan pasaran di Bursa Malaysia secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 509 berbanding 383, manakala 371 kaunter tidak berubah, 724 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.65 bilion saham bernilai RM1.93 bilion berbanding 2.53 bilion saham bernilai RM1.78 bilion semalam.

Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 810.25 mata kepada 27,985.33, Indeks Straits Times Singapura susut 34.45 mata kepada 3,245.64 manakala Indeks Komposit Jakarta turun 0.31 mata kepada 6,244.74.

Dalam notanya, Malacca Securities Sdn Bhd berkata selepas mencatat keuntungan baru-baru ini, sentimen dibursa tempatan kembali rendah susulan aktiviti pengambilan untung.

“Harga komoditi yang kembali tidak menentu, ringgit yang lemah berbanding dolar US serta ketegangan yang berpanjangan di Hong Kong tidak memihak kepada pasaran memandangkan pergolakan itu mungkin berlarutan,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.60 dan RM19.48, Tenaga turun enam sen kepada RM12.88 manakala Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM6.99.

Bagi saham aktif, Vortex susut satu sen kepada sembilan sen, Yong Tai menokok dua sen kepada 15.5 sen manakala Supermax menokok 14 sen kepada RM1.45.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 14.44 mata kepada 11,319.67, Indeks FBM Emas Shariah merosot 6.52 mata kepada 11,993.17 manakala Indeks FBMT 100 turun 14.62 mata kepada 11,106.46.

FBM 70 merosot 34.05 mata kepada 14,204.46 dan FBM ACE turun 21.62 mata kepada 5,635.09.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.54 mata kepada 153.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 28.28 mata kepada 15,325.39 manakala Indeks Perladangan meningkat 30.16 mata kepada 7,519.76.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.68 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.69 bilion saham bernilai RM1.58 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 379.57 juta unit bernilai RM69.09 juta daripada 278.72 juta unit bernilai RM46.90 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 592.87 juta saham bernilai RM133.08 juta daripada 555.20 juta saham bernilai RM153.93 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 240.45 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (198.20 juta), pembinaan (127.71 juta), teknologi (124.93 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (23.13 juta) 236.00 juta), perladangan (137.28 juta), REIT (9.73 juta), dana tertutup (15,300), tenaga (355.38 juta), penjagaan kesihatan (122.67 juta), telekomunikasi dan media (20.29 juta) dan utiliti (20.40 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X