Sabtu, 17 Ogos 2019 | 2:11am

32 hilang bot karam di Congo

BUKAVU: Seramai 32 orang dilaporkan hilang atau dikhuatiri maut selepas bot yang membawa 70 penumpang dipercayai karam di Tasik Kivu, di timur Republik Demokratik Congo (DRC).

Pihak berkuasa tempatan berkata, laporan awal selepas sebuah bot bermotor yang karam pada petang semalam ‘menunjukkan bahawa 46 orang diselamatkan dan 32 yang lain hilang.

Namun, laporan itu tidak memberikan angka kematian sebenar tetapi berkata setiap keluarga mangsa yang terjejas akan menerima wang bagi menguruskan ‘upacara pengebumian’.

Ketua daerah di Luhihi, Christian Chiringwi memberitahu AFP bahawa, bot karam dipercayai berpunca daripada terlebih membawa penumpang.

Insiden bot karam sering berlaku di DRC kerana bot tidak diselenggara dengan baik selain mengabaikan aspek keselamatan.

April lalu, kira-kira 142 orang maut selepas bot dinaiki mereka tenggelam di Tasik Kivu. - AFP

131 dibaca
Berita Harian X