Selasa, 20 Ogos 2019 | 9:54am
Burkina Faso

Tentera Burkina Faso maut diserang pengganas

OUAGADOUGOU: Lebih 12 anggota tentera terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh kumpulan pengganas bersenjata di utara Burkina Faso, semalam.

Sumber keselamatan berkata, angka kematian dijangka mencecah 20 orang, manakala ramai lagi anggota tentera dilaporkan hilang.

“Kejadian pada awal pagi Isnin itu, menyasar anggota tentera yang bertugas di cawangan Koutougou di wilayah Soum.

“Laporan yang diterima menunjukkan lebih 12 anggota tentera terbunuh, manakala beberapa lagi dilaporkan cedera,” kata jurucakap tentera dalam satu kenyataan.

Sejak empat tahun, serangan oleh pihak pemberontak semakin meningkat di Sahel, iaitu salah satu negeri di Burkina Faso, yang bermula dari wilayah utara, sebelum merebak ke kawasan timur, berhampiran sempadan Togo dan Benin.

Pada Disember 2016, seramai 12 anggota tentera maut dalam serangan di Nassoumbou, Soum. - AFP

222 dibaca
Berita Harian X