X
Khamis, 21 Mei 2020 | 8:16am
Foto hiasan.
Foto hiasan.

20 maut dalam kemalangan jalan raya di Mali

BAMAKO: Seramai 20 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera parah selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori di selatan Mali, kata Kementerian Pengangkutan negara itu pada Rabu.

Kemalangan berlaku pada Selasa lalu, jam 8 malam di jalan utama yang menghubungkan antara ibu kota Bamako dengan bandar Narena, di sempadan dengan Guinea.

Lori yang dipandu melebihi had laju dan menghadapi masalah teknikal, dipercayai punca kemalangan itu, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan. - AFP

Berita Harian X