Isnin, 27 Januari 2020 | 11:46pm
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto Reuters

Coronavirus: Trump tawar bantuan kepada China

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini, menawarkan bantuan kepada China untuk membendung penularan wabak coronavirus yang mencetuskan kebimbangan global.

"Kita mempunyai hubungan komunikasi sangat rapat berkaitan virus ini dengan China.

"Kes sedemikian sangat sikit dilaporkan di AS, tetapi dikawal dengan rapi. Kita menawarkan China dan Presiden Xi (Xi Jinping) sebarang bantuan yang perlu. Pakar kita adalah luar biasa," katanya menerusi Twitter. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X