Selasa, 7 April 2020 | 7:47am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Majlis PBB bermesyuarat Khamis ini

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka membincangkan mengenai pandemik COVID-19 dalam mesyuarat pertamanya, Khamis ini.

Minggu lalu, sembilan negara anggota Majlis Keselamatan diminta membincangkan mengenai wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kemudian mengesahkan beliau akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan berhubung perkara itu.

“Mesyuarat pada Khamis sudah disahkan, kata seorang diplomat.

Majlis Keselamatan yang berpangkalan di New York mengadakan persidangan televideo sejak 12 Mac yang membincangkan penularan pandemik coronavirus di bandar itu.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah individu yang disahkan positif Covid-19 melebihi 1.3 juta di seluruh dunia dan 74,476 pesakit meninggal dunia.

Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu meminta mengadakan mesyuarat berhubung virus yang berpunca dari China.

Semalam, diplomat berkata, Moscow dan Beijing hanya percaya sekiranya majlis mempertimbangkan peluang bercakap negara yang mengalami konflik.

Selain Perancis, negara tetap lain adalah Britain, China, Russia dan AS.

Sembilan negara yang meminta mengadakan mesyuarat ialah Jerman, yang menyokong usaha itu Belgium, Republik Dominika, Estonia, Indonesia, Nigeria, St Vincent dan Grenadines, Tunisia dan Vietnam.

Manakala anggota tetap, Afrika Selatan, tidak menyokong langkah itu, mengatakan bahawa perundingan majlis itu adalah keamanan dan keamanan, bukan isu-isu kesihatan dan ekonomi. -AFP

Berita Harian X