Selasa, 7 April 2020 | 10:03am
Petugas kesihatan menjalankan ujian COVID-19 di stesen yang terletak di parkir Pusat Perubatan UNLV, di Las Vegas. - Foto AFP
Petugas kesihatan menjalankan ujian COVID-19 di stesen yang terletak di parkir Pusat Perubatan UNLV, di Las Vegas. - Foto AFP

COVID-19: 1,150 kematian lagi di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat merekodkan 1,150 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan angka korbannya melonjak melebihi 10,000 kes.

Menurut statistik yang dikeluarkan John Hopskins University semalam, terdapat pertambahan 30,000 kes baharu direkodkan dengan jumlah keseluruhannya kini mencecah 366,000 kes.

Turut direkodkan kematian keseluruhan di AS setakat ini sudah mencecah angka 10,783 kes.

AS juga mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi di dunia dengan kadar kematian direkodkan sejak bermulanya pandemik ini bagi tempoh beberapa hari lalu melonjak sekurang-kurangnya 1,000 kes setiap hari.

Kes kematian di negara itu yang terus meningkat kini semakin menghampiri angka korban di Itali sebanyak 16,523 kes dan Sepanyol (13,005 kes). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X