Ahad, 2 Ogos 2020 | 11:21am
Kapal angkasa, SpaceX pulang dijangka sampai ke bumi hari ini.- Foto/AFP
Kapal angkasa, SpaceX pulang dijangka sampai ke bumi hari ini.- Foto/AFP

Roket SpaceX berlepas ke bumi

WASHINGTON: Kapal angkasa SpaceX Crew Dragon berlepas ke bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), semalam dengan dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) turut serta, walaupun ribut sedang mengancam Florida.

Rakaman NASA menunjukkan kapsul itu berlepas dengan lancar dari ISS selepas dua bulan angkasawan AS, Doug Hurley dan Bob Behnken tiba di makmal mengorbit kapal angkasa Amerika hampir satu dekad lalu.

NASA menyatakan kapsul itu sedia berlepas dan berada pada lintasan yang selamat dan dijangka tiba di bumi, hari ini.

Tapak pendaratan yang dicadangkan ialah pantai barat Florida manakala ribut tropika Isaias pula menuju ke pantai timur negeri itu.

NASA pula memilih untuk menghantar terus angkasawan ke rumah mereka sebaik tiba di bumi.

Terdahulu ketika majlis di ISS, Behnken berkata, perkara paling sukar ialah ketika dilancarkan, tetapi paling penting ialah membawa kami pulang.

"Semua beg saya sudah tersedia dan sudah bersedia pulang," katanya.

Ketua misi, Chris Cassidy berkata ia adalah hari yang mengujakan dan memuji pentingnya memiliki kaedah baru untuk membawa angkasawan.

Misi itu adalah kali pertama kapal angkasa AS dilancarkan memasuki orbit dari tanah Amerika sejak 2011 dengan kerjasama syarikat swasta.

AS membayar SpaceX dan syarikat penerbangan aeroangkasa Boeing sebanyak kira-kira $7 bilion (RM29.6 bilion) untuk kontrak "teksi angkasa" itu, namun Boeing gagal meneruskan program berkenaan.

Sembilan tahun lalu, angkasawan AS melakukan perjalanan secara eksklusif dengan roket Soyuz Russia, dengan harga sekitar $80 juta (RM339.2 juta) setiap satu tempat duduk.- AFP

Berita Harian X