Jumaat, 22 November 2019 | 7:31pm
FOTO Hiasan.
FOTO Hiasan.

Tiga maut disengat tebuan di Indonesia

SOLO: Tiga maut akibat disengat tebuan di Indonesia sejak dua minggu lalu, kata pegawai agensi kesihatan hari ini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, maut di Jawa Barat Rabu lalu selepas mangsa bersama tiga murid lain cuba memusnahkan sarang sejenis tebuan yang cukup dikenali sangat agresif.

Difahamkan sengatan spesies tebuan itu boleh menyebabkan alahan teruk dan membawa maut.

Serangan berlaku selepas dua lelaki warga emas terbunuh akibat disengat tebuan di bandar Klaten, Jawa Tengah bulan ini.

Data tempatan menunjukkan tahun lalu saja, tujuh orang maut akibat disengat tebuan dan ratusan lagi pernah diserang sepanjang sedekad lalu.

Ketua Agensi Kesihatan Klaten, Cahyo Widodo berkata, puluhan klinik kesihatan di seluruh bandar itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menerima lebih ramai mangsa.

Sekumpulan sukarelawan juga kini berada di lokasi tumpuan utama pembiakan serangga itu untuk memusnahkan sarangnya.

Menurut pegawai agensi penyelamat tempatan, spesies tebuan itu mula berhijrah ke kawasan terbabit sejak beberapa tahun lalu.

Spesies tebuan pelbagai warna yang mampu membesar sehingga 30 milimeter itu boleh ditemui di seluruh rantau Asia Tenggara. - AFP

Berita Harian X