Ahad, 22 March 2020 | 2:55pm
Kerja pembasmian kuman giat dijalankan di sekitar Bangkok susulan penularan wabak COVID-19. - FOTO REUTERS
Kerja pembasmian kuman giat dijalankan di sekitar Bangkok susulan penularan wabak COVID-19. - FOTO REUTERS

COVID-19: Thailand catat peningkatan kes harian terbesar

BANGKOK: Thailand melaporkan peningkatan harian terbesar dengan 188 jangkitan baharu wabak COVID-19, hari ini, sekali gus menjadikan jumlahnya mencecah 599 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Taweesin Wisanuyothin, berkata sebahagian besar jangkitan baharu itu berkait dengan kluster kes daripada sebuah stadium boxing di mana seorang pesakit telah sembuh.

“Kebanyakan kes baharu berkenaan dikesan di Bangkok membabitkan orang muda yang berterusan melakukan aktiviti sosial yang boleh membawa kepada jangkitan lebih luas,” katanya pada sidang media sambil menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah.

Setakat ini, Thailand mencatatkan satu kematian akibat COVID-19. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X