Ahad, 5 April 2020 | 4:31pm
Pelanggan mengunjungi pasar basah untuk membeli makanan di Singapura, dengan beberapa orang memakai topeng muka kerana kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19. - Foto AFP
Pelanggan mengunjungi pasar basah untuk membeli makanan di Singapura, dengan beberapa orang memakai topeng muka kerana kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Rakyat Singapura beratur panjang di pasar raya

SINGAPURA: Beberapa jam selepas kerajaan Singapura mengumumkan langkah untuk membendung penyebaran COVID-19, ramai orang dilihat berbaris panjang sekurang-kurangnya 20 barisan dalam satu masa.

Ia berlaku walaupun Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasar raya akan tetap dibuka.

Di pasa raya Cold Storage di Bugis Junction serta pasar raya NTUC FairPrice menunjukkan sebanyak 20 barisan panjang beratur di luar pasar raya yang mengenakan had kepada 10 orang pembeli saja bagi mengurangkan kesesakan orang ramai di dalamnya.

Jurutera, Kiang Phuengsuwan, 31, berkata kesesakan itu luar biasa dan beranggapan setiap orang mula khuatir mengenai keperluan makanannya serta sama ada pasar raya akan dibuka lagi atau tidak.

Namun, beliau tidak bimbang mengenai menambah bekalan makanan, tetapi bimbang banyak restoran akan ditutup berikutan tiada perniagaan berlangsung.

Kerajaan pada Jumaat lalu mengumumkan langkah ketat untuk mengosongkan tempat kerja bagi industri tidak penting, langkah pergerakan kawalan dan penutupan sekolah pada 7 April hingga 4 Mei.

Biarpun kerajaan meningkatkan Sistem Tindak Balas Penyakit (Dorscon) dari kuning kepada jingga pada awal Februari lalu, pembeli masih membeli dalam kuantiti sedikit. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X