Isnin, 6 April 2020 | 1:20pm
Seorang warga Thailand memakai perlindungan muka susulan penularan COVID-19 di Thailand. - Foto Reuters
Seorang warga Thailand memakai perlindungan muka susulan penularan COVID-19 di Thailand. - Foto Reuters

COVID-19: Thailand catat 51 kes baharu, 3 kematian

BANGKOK: Thailand merekodkan 51 kes baharu akibat COVID-19 dan tiga lagi kematian, semalam.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Taweesin Wisanuyothin, berkata 13 kes baharu adalah membabitkan petugas kesihatan yang merawat atau terbabit secara langsung dengan pesakit.

“Hampir sebahagian kes baharu itu di Bangkok,” katanya.

Thailand mengesahkan 2,220 kes dan 26 kematian di negaranya sejak penularan pertama dikesan pada Januari lalu. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X