Selasa, 7 April 2020 | 6:58pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

76 warga Thai sertai perhimpunan agama di Indonesia dikuarantin

SONGKHLA: Seramai 76 warga Thailand yang menghadiri program dakwah di Indonesia menjalani perintah kuarantin sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla, petang semalam.

Gabenor Songkhla, Jaruwat Kliangklao, berkata mereka termasuk 35 kru penerbangan syarikat Thai Lion Air selepas menjalani saringan kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Mereka sudah melalui pemeriksaan bagi simptom seperti demam oleh pihak berkuasa yang mengenakan pakaian perlindungan keselamatan, sementara pesawat berkenaan juga akan melalui operasi basmi kuman.

“Tidak ada di antara mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 atau demam ketika proses saringan awal itu,” katanya.

Kesemua penumpang dan kru penerbangan berkenaan dihantar ke pusat kuarantin yang terdapat di lokasi kediaman masing-masing.

Seramai 26 orang daripada mereka berasal dari Satun, 20 dari Songkhla, 14 dari Pattani dan masing-masing tujuh orang dari Narathiwat serta Yala.

Sementara itu, beberapa individu lagi yang berasal dari Chiang Mai dan Bangkok akan dikuarantin di Songkhla.

Kesemua mereka akan melalui prosedur kuarantin selama 14 hari mengikut arahan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Thailand. – AGENSI

p>

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X