Selasa, 7 April 2020 | 7:22pm
Pihak polis Indonesia berkawal ketika pengebumian mangsa COVID-19 di Jakarta, yang mengeluarkan dekri larangan sosial besar-besaran hari ini dalam usaha mengekang penyebaran coronavirus itu. - Foto AFP
Pihak polis Indonesia berkawal ketika pengebumian mangsa COVID-19 di Jakarta, yang mengeluarkan dekri larangan sosial besar-besaran hari ini dalam usaha mengekang penyebaran coronavirus itu. - Foto AFP

COVID-19: Jakarta keluar dikri larangan sosial besar-besaran

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia meluluskan pelaksanaan larangan sosial besar-besaran di ibu negara Jakarta bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Berdasarkan laporan Jakarta Post, yang melihat sendiri dikri dikeluarkan Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto, bahawa keputusan itu dibuat atas beberapa pertimbangan.

"Data yang ada menunjukkan peningkatan ketara dan penyebaran kes COVID-19 yang terlalu cepat berikutan jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan di Jakarta," katanya.

Dikri itu menyebut, penularan wabak itu perlu dikurangkan, berdasarkan keputusan kajian epidemik dan pertimbangan terhadap persediaan sosial, ekonomi serta beberapa aspek lain.

Difahamkan, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, akan memulakan arahan di wilayah itu sejurus surat permit di hantar kepada pentadbiran Jakarta.

Anies, pada Khamis lalu, memohon Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan larangan sosial besar-besaran di Jakarta, selepas pandemik itu dikesan semakin buruk di situ.

"Apa yang kami perlukan adalah kerajaan pusat meluluskan segera status itu untuk kita mengeluarkan arahan," katanya.

Larangan sosial besar-besaran dikuat kuasa di bawah Akta Kuarantin Kesihatan 2018 yang membolehkan langkah menggantung sekolah dan pejabat selain mengehadkan kegiatan ibadat serta berkumpul di tempat awam.

Jakarta ketika ini merekodkan 1,232 kes COVID-19, yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 2,491 orang yang dijangkiti di negara itu, selain 99 kematian dilaporkan di seluruh negara itu. - AGENSI

Berita Harian X