Khamis, 23 April 2020 | 1:45pm
THAILAND catat 13 kes baharu COVID-19. (Foto/Agensi)
THAILAND catat 13 kes baharu COVID-19. (Foto/Agensi)

COVID-19: Thailand catat 13 kes baharu, satu kematian

BANGKOK: Thailand hari ini mencatatkan 13 kes COVID-19 dan satu lagi kematian, iaitu membabitkan seorang wanita berusia 78 tahun yang mengalami komplikasi kesihatan.

Dari kes baru itu, lima dikaitkan dengan kes sebelumnya.

Tiga kes baru yang lain dilaporkan dari pulau selatan Phuket, di mana pihak berkuasa membuat pemantauan secara agresif kerana kadar jangkitan di sana sangat teruk, kata jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 pemerintah, Taweesin Wisanuyothin.

Sejak wabak itu meningkat pada Januari, Thailand mencatat sejumlah 2,839 kes dan 50 kematian, manakala 2,430 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang.- AGENSI

Berita Harian X