Sabtu, 2 Mei 2020 | 6:06pm
Sebuah trak dari Palang Merah Indonesia menyemburkan disinfektan di sepanjang jalan di tengah-tengah kebimbangan kerana wabak coronavirus COVID-19 di Jakarta. - Foto AFP
Sebuah trak dari Palang Merah Indonesia menyemburkan disinfektan di sepanjang jalan di tengah-tengah kebimbangan kerana wabak coronavirus COVID-19 di Jakarta. - Foto AFP

COVID-19: Indonesia catat 31 lagi kematian, jumlah kes meningkat kepada 10,843

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban akibat COVID-19 di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata kes positif virus itu juga meningkat kepada 10,843 kes, iaitu tambahan 292 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

"Ketika ini, sebanyak 22,545 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 392 kes diikuti Jawa Timur (106), Jawa Tengah (84) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X