Ahad, 7 Januari 2018 | 12:47pm
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen (tengah) melepaskan merpati bersama isterinya Bun Rany (kanan) dan Presiden Perhimpunan Nasional Heng Samrin (kiri) semasa majlis di Phnom Penh, Kemboja. - Foto EPA-EFE

Kemboja sambut ulang tahun kejatuhan Khmer Rouge

PHNOM PENH: Ribuan mangsa kekejaman Khmer Rouge menyambut ulang tahun ke-39 kejatuhan rejim itu hari ini.

Kira-kira 40,000 rakyat Kemboja menghadiri acara di Phnom Penh anjuran Parti Rakyat Kemboja pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.

"Kejayaan pada 7 Januari 1979 menyelamatkan nyawa penduduk daripada pembunuhan dan mengembalikan hak rakyat yang hilang di bawah rejim Pol Pot," kata Hun Sen pada majlis berkenaan.


Penari Kemboja semasa majlis menyambut ulang tahun ke-39 kejatuhan rejim di Phnom Penh, Kemboja. - Foto EPA-EFE

Kebanyakan mangsa rejim maut akibat diseksa, kebuluran, keletihan atau penyakit di kem buruh atau dipukul sehingga mati ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di kawasan digelar lapangan pembunuhan atau 'killing field'.

Hari ini menimbulkan kontroversi di Kemboja, dengan parti Hun Sen meraikan ia sebagai pembebasan manakala yang lain bersedih kerana ia adalah permulaan pencerobohan 10 tahun oleh jiran mereka, Vietnam.

Pencerobohan Vietnam membawa kepada kejatuhan rejim Khmer Rouge.


Penari Kemboja menghadiri majlis menyambut ulang tahun ke-39 kejatuhan rejim, di Phnom Penh, Kemboja. - Foto REUTERS

Kebangkitan dan kejatuhan Khmer Rouge diilhamkan oleh Vietnam untuk memecahkan dan melemahkan Kemboja bagi memastikan ia berada di bawah kawalan Vietnam, kata bekas pemimpin pembangkang, Sam Rainsy, dalam paparan di laman Facebook.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyatakan hari ini menandakan perjalanan Kemboja ke arah masa depan lebih cerah. - Reuters

55 dibaca
Berita Harian X