Selasa, 12 Jun 2018 | 10:56am
KEADAAN pusat rawatan taun MSF yang musnah susulan serangan udara oleh pasukan pakatan diketuai Arab Saudi di wilayah Abs. - Foto AFP

MSF gantung operasi di Yaman

DUBAI: Pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) "menggantung sementara" operasi di wilayah barat laut Yaman yang dikuasai pemberontak susulan serangan udara ke atas kliniknya.

Tiada kematian dalam serangan yang terkena klinik baru dibina di wilayah Abs yang kosong ketika itu.

"Serangan pagi ini ke atas pusat rawatan taun MSF oleh pasukan pakatan diketuai Arab Saudi menunjukkan langsung tiada rasa hormat bagi kemudahan perubatan dan pesakit.

"MSF menggantung sementara aktivitinya di Abs sehingga keselamatan kakitangan dan pesakit dijamin," kata ketua misi MSF, Joao Martins.

Pertubuhan itu menegaskan bumbung pusat itu jelas menunjukkan ia adalah pusat perubatan dan kedudukannya sudah diberikan kepada pasukan tentera antarabangsa.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan sekutu lain masuk campur di Yaman pada 2015 untuk cuba mengembalikan kuasa kepada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa selepas ia disingkirkan pemberontak Houthi yang menguasai sebahagian besar negara itu termasuk ibu kotanya, Sanaa.

Riyadh menuduh musuhnya di rantau itu, Tehran membekalkan peluru berpandu kepada Houthi, yang menguasai Yaman tetapi disangkal Iran. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X