Khamis, 9 Ogos 2018 | 10:33pm
ANTARA kanak-kanak yang tercedera dalam serangan udara di Saada, Yaman. - Foto Reuters
ANTARA kanak-kanak yang tercedera dalam serangan udara di Saada, Yaman. - Foto Reuters

TERKINI: 29 kanak-kanak terbunuh serangan Arab Saudi

SANAA: Sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak terbunuh dalam sebuah bas di kawasan pemberontak di utara Yaman, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

“Sebuah hospital yang disokong pasukan kami di Yaman menerima 29 mayat kanak-kanak di bawah usia 15 tahun dan 48 mangsa cedera termasuk 30 kanak-kanak,” kata ICRC dalam muat naik di Twitter.

Pakatan diketuai Arab Saudi yang melakukan serangan bersama kerajaan sah di Yaman berkata, ia menjalankan tindakan ketenteraan sah di kawasan itu. - AFP

Berita Harian X