Sabtu, 11 Ogos 2018 | 12:17am

Arab Saudi pintas 2 peluru berpandu Houthi

BAGHDAD: Arab Saudi memintas dua peluru berpandu yang dilancarkan puak Houthi Yaman dari arah selatan wilayah Jizan, kata TV al-Arabiya.

Siaran TV Masirah Houthi terlebih dulu mengumumkan pelancaran beberapa peluru berpandu balistik ke arah Jizan dan satu lagi ke arah pangkalan tentera Arab Saudi di wilayah Aseer.

Kedua-dua wilayah Jizan dan Aseer terletak berhampiran dengan sempadan Yaman. - Reuters

Berita Harian X