X
Selasa, 14 Mei 2019 | 8:04pm
Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al Falih. Foto EPA
Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al Falih. Foto EPA

Dron milik Houthi sasar lokasi penting Arab Saudi

RIYADH: Dua stesen mengepam pada saluran paip utama milik Arab Saudi diserang oleh beberapa dron hari ini, menyebabkan pengaliran minyak terhenti di sepanjang laluan berkenaan.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al Falih, berkata serangan itu membabitkan saluran paip dari wilayah timur ke Laut Merah dan ia berlaku pada awal pagi tadi.

Menurut Arab Saudi, serangan berunsur keganasan itu berlaku dua hari selepas kapal tangki minyak milik negara itu disabotaj ketika berada di luar perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemberontak Houthi dari Yaman berkata, serangan menggunakan dron yang dilancarkan hari ini menyasar beberapa lokasi penting di Arab Saudi.

Stesen televisyen yang dikendalikan pemberontak itu, Masirah TV yang memetik pegawai tentera turut melaporkan, Houthi melancarkan beberapa dron ke lokasi penting di Arab Saudi.

Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi dilaporkan menentang pemberontak Houthi sejak empat tahun lalu. - AFP/Reuters

Berita Harian X