Isnin, 24 Jun 2019 | 8:09am
Lapangan terbang antarabangsa Abha diserang pengganas Houthi menyebabkan warga Syria terbunuh dan tujuh penduduk awam cedera.
Lapangan terbang antarabangsa Abha diserang pengganas Houthi menyebabkan warga Syria terbunuh dan tujuh penduduk awam cedera.

1 maut, 7 cedera pemberontak serang lapangan terbang Arab Saudi

RIYADH: Seorang warga Syria maut dan tujuh penduduk awam cedera semalam dalam serangan dilancarkan pemberontak Yaman ke atas lapangan terbang di selatan Arab Saudi.

Ia adalah yang terbaru dalam serangan ke atas lokasi itu.

“Serangan pengganas oleh pemberontak Houthi yang disokong Iran dilancarkan ke atas lapangan terbang antarabangsa Abha, yang menerima ribuan penumpang awam sehari.

“Seorang warga Syria terbunuh dan tujuh penduduk awam cedera dalam serangan itu,” kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi dalam kenyataan yang disiarkan Saudi Press Agency (SPA).

Pasukan pakatan tidak memberikan butiran lanjut mengenai cara ia diserang, tetapi Houthi berulang kali melancarkan dron dan peluru berpandu bulan ini.

Terdahulu, stesen Al-Masirah TV milik pemberontak melaporkan mereka mensasarkan lapangan terban Abha dan Jizan di selatan negara itu dengan dron.

Pihak berkuasa lapangan terbang Abha berkata dalam Twitter, trafik udara disambung kembali dengan berfungsi dengan normal, tanpa memberikan butiran lanjut. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X