Selasa, 2 Julai 2019 | 8:39am
 Lima cedera apabila dron milik pemberontak Houthi menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi. Foto hiasan
Lima cedera apabila dron milik pemberontak Houthi menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi. Foto hiasan

Houthi lancar dron serang lapangan terbang di Arab Saudi

KAHERAH: Serangan dron oleh pemberontak Houthi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi awal pagi tadi, mengakibatkan sembilan orang awam cedera.

“Serangan militan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Adha menyebabkan sembilan orang awam cedera, iaitu lapan warga Arab Saudi dan seorang mangsa yang memegang pasport negara India,” kata pakatan tentera diketuai Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Saudi.

Terdahulu, akhbar Arab Saudi, Al-Arabiya melaporkan lima cedera dalam serangan itu.

Tentera pakatan yang mengesahkan serangan itu berkata, ia berlaku pada jam 12.35 pagi (waktu tempatan).

Menurut Al-Masirah TV, milik kumpulan itu, yang memetik jurucakap pemberontak Houthi berkata, mereka sudah melancarkan operasi besar-besaran yang menyasar lapangan terbang.

Namun, Al-Arabiya melaporkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Abha sudah beroperasi semula. - Reuters/AFP

Berita Harian X