X
Isnin, 26 Ogos 2019 | 7:37am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Tentera pakatan tembak jatuh dron Houthi

RIYADH: Arab Saudi memintas enam peluru berpandu dilancarkan pemberontak Yaman di bandar selatan Jizan semalam, kata pakatan tentera diketuai Riyadh ketika pemberontakan meletus merentasi sempadan.

Peluru berpandu itu dilepaskan pemberontak Houthi yang menyasar orang awam di Jizan, kata tentera pakatan dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Berita Saudi (SPA). Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan.

Saluran televisyen pemberontak, Al-Masirah berkata, Houthi melancarkan 10 peluru berpandu balistik ‘Badr 1’ menyasar pesawat tentera dan helikopter apache di lapangan terbang Jizan dan tapak tentera berhampiran.

Terdahulu semalam, pakatan berkata, mereka menembak jatuh sebuah dron Houthi yang dilepaskan di bandar selatan Khamis Mushait, lokasi pangkalan utama tentera.

Pemberontak Houthi meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron merentasi sempadan sejak beberapa bulan lalu, mengatakan mereka membalas dendam perang diketuai Arab Saudi di Yaman. -AFP

Berita Harian X