Jumaat, 22 November 2019 | 11:51pm
Lubang di bawah meja laluan ular berbisa yang menyusup keluar lalu mematuk seorang murid berusia 10 tahun di selatan India. - Foto https://www.thenewsminute.com/

Tunjuk perasaan selepas murid perempuan mati dipatuk

WAYANAD: Rata-rata pelajar marah mengadakan tunjuk perasaan di sebuah sekolah di India, hari ini, selepas seorang murid berusia 10 tahun maut akibat dipatuk ular berbisa yang menyusup melalui lubang di bawah meja mangsa.

Shehala Sherin hanya dibawa ke hospital dari sekolah, sejam selepas dipatuk dan sebaik kaki mangsa bertukar biru, lapor media.

Guru beliau yang digantung sejak itu, tidak menghiraukan tangisan kesakitan mangsa dan bantahan murid lain dengan meneruskan kelas, Rabu lalu di sekolah di Kerala, selatan India.

Ibu bapa mangsa membawa Sherin ke empat hospital, namun dimaklumkan tiada anti bisa. Beliau maut, ketika dalam perjalanan ke klinik ke-lima pada jarak 90 kilometer.

Rakan sekelas mangsa mendakwa guru di sekolah menengah itu hanya menganggap kecederaan Sherin disebabkan paku, batu atau objek serupa. - AFP

Berita Harian X