Sabtu, 25 Januari 2020 | 10:21pm
Presiden China, Xi Jinping memberi amaran bahawa negaranya menghadapi keadaan yang berbahaya berikutan penularan coronavirus yang bertambah cepat.
Presiden China, Xi Jinping memberi amaran bahawa negaranya menghadapi keadaan yang berbahaya berikutan penularan coronavirus yang bertambah cepat.

Penularan coronavirus bertambah cepat - Presiden China

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, memberi amaran bahawa negaranya menghadapi keadaan yang berbahaya berikutan penularan coronavirus yang bertambah cepat.

“Kita menghadapi keadaan yang suram berikutan kepantasan coronoavirus ini menular.

“Adalah penting bagi kita memperkukuhkan kesatuan dan pemusatan kepemimpinan jawatankuasa Induk Parti,” katanya mengikut laporan agensi berita rasmi Xinhua.

Beliau sebelum ini mengadakan mesyuarat politburo partinya bagi membincangkan strategi mengekang penularan wabak coronavirus yang berpunca di Wuhan, China dan setakat ini menular ke 12 negara lain.

Virus baharu coronavirus 2019-nCoV yang mirip kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu sudah menjangkiti hampir 1,300 orang di negara itu termasuk mengorbankan 41 mangsa. - AFP

Berita Harian X