Jumaat, 7 Februari 2020 | 7:02am
Petugas kesihatan bersedia untuk membuat pemeriksaan suhu orang awam di Anhui, China. - Foto Reuters
Petugas kesihatan bersedia untuk membuat pemeriksaan suhu orang awam di Anhui, China. - Foto Reuters

Korban coronavirus di China meningkat kepada 636

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 636 mangsa pada Jumaat, dengan kerajaan memaklumkan bilangan jangkitan sudah melebihi 30,000 kes.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam maklumat kemas kini hariannya, angka korban itu meliputi 73 kematian baharu.

Katanya, jumlah mangsa disahkan dijangkiti wabak itu di China sudah mencecah 31,161 orang selepas 3,143 kes baharu dilaporkan.

Wilayah Hubei yang paling teruk terkesan dengan wabak itu, melaporkan 69 kematian baharu dalam tempoh 24 jam pada Jumaat.

Lebih 4,800 daripada mangsa yang dijangkiti virus berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan serius. - AFP

Berita Harian X