Ahad, 9 Februari 2020 | 7:14am
Seorang jururawat memakai pakaian perlindungan memberi makan pesakit coronavirus baru di dalam wad terpencil di Hospital Zhongnan, Universiti Wuhan, semasa Pesta Cahaya, yang menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina di Wuhan, wilayah Hubei, China. - Foto REUTERS

Coronavirus: Jumlah kematian meningkat 811

BEIJING: Angka kematian membabitkan penularan wabak coronavirus meningkat kepada 811 sehingga semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, hari ini.

Ia sekali gus mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang berlaku pada 2002 dan 2003 iaitu seramai 774 orang.

Rekod harian kematian membabitkan coronavirus semalam membabitkan 89 orang.

Bagi kematian akibat wabak coronavirus, 81 daripadanya membabitkan penduduk di wilayah Hubei.

Bagaimanapun, penularan wabak itu di bandar raya Wuhan mula menunjukkan penurunan walaupun tidak begitu ketara.

Sejak 1 Februari lalu, kes jangkitan baharu coronavirus mencatatkan penurunan dianggarkan sekitar 3,000 hingga 2,656 kes.

Daripada jumlah berkenaan, 2,147 kes dilaporkan berlaku di wilayah Hubei. -Reuters

Berita Harian X