Jumaat, 21 Februari 2020 | 9:30am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Kematian akibat COVID-19 meningkat 2,233

BEIJING : Jumlah kematian akibat wabak coronavirus (COVID-19) meningkat kepada 2,233 hari ini, selepas 115 pesakit lagi dilaporkan meninggal dunia di wilayah Hubei.

Menurut perkembangan terkini daripada Suruhanjaya Kesihatan Wilayah, sebahagian besar kematian berlaku ibu negeri iaitu Wuhan.

Kira-kira 75,000 penduduk sudah dijangkiti virus berkenaan di China, manakala ratusan kes lagi dilaporkan berlaku di lebih 25 negara.

Suruhanjaya terbabit berkata, terdapat 411 kes baharu dilaporkan, dengan 319 daripadanya adalah di Wuhan.

Kerajaan China dalam satu kenyataan semalam berkata, mereka bertindak mengubah pendekatan digunakan selama ini untuk mengira jumlah pesakit, dan ia kini hanya membabitkan kiraan ke atas individu yang sudah didiagnos selepas menjalani ujian makmal.

Ini adalah perubahan kedua dibuat dalam tempoh lapan hari, satu tindakan yang dilihat boleh mengganggu statistik dan menyukarkan usaha mengesan jangkitan wabak.

Pihak berkuasa kesihatan China minggu lalu berkata, pesakit dari Hubei yang didiagnos menerusi ujian klinikal, termasuk imbasan ke atas paru-paru akan dimasukkan dalam senarai disahkan oleh ujian makmal.

Ia menyumbang kepada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh sehari, iaitu 14,840 pada 13 Februari. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X