Selasa, 7 April 2020 | 8:19am
Perintah berkurung 24 jam di Arab Saudi bertujuan memerangi wabak COVID-19. - Foto AFP
Perintah berkurung 24 jam di Arab Saudi bertujuan memerangi wabak COVID-19. - Foto AFP

Arab Saudi kenakan perintah berkurung 24 jam di lima bandar raya di Riyadh

ARAB SAUDI: Arab Saudi melanjutkan tempoh perintah berkurung, setiap Isnin di empat gabenor dan lima bandar raya, termasuk ibu negara, hingga 24 jam dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Kerajaan itu mengenakan perintah berkenaan sepanjang hari di bandar di Riyadh, Tabuk, Dammam, Dhahran dan Hofuf, menurut kementerian dalam negeri ciapan di Twitter.

Langkah yang sama juga dikenakan terhadap gabenor Jeddah, Taif, Qatif dan Khobar, kata kementerian itu.

Pihak berkuasa telah menutup bandar suci Makkah dan Madinah, selain Riyadh dan Jeddah, menghalang orang daripada masuk dan keluar serta melarang pergerakan di antara semua wilayah.

Arab Saudi, melaporkan jumlah jangkitan tertinggi di Teluk, dan mahu mengehadkan penyebaran penyakit itu di rumah.

Pada Isnin, kementerian kesihatan berkata, kematian akibat penyakit berkenaan meningkat kepada 38 orang, manakala pihaknya mengesahkan jangkitan semasa meningkat kepada 2,523 dan 551 orang sudah pulih.

Bulan lalu, Arab Saudi menggantung visa umrah berikutan kebimbangan penyebaran wabak COVID-19 yang tidak terkawal dan turut menjejaskan bandar suci Islam.

Pihak berkuasa belum mengumumkan sama ada mereka akan meneruskan musim haji pada tahun ini, yang dijadualkan pada akhir Julai.

Pihak berkuasa minggu lalu mendesak umat Islam menangguhkan persiapan untuk haji tahunan.

Tahun lalu, kira-kira 2.5 juta pengunjung ke Arab Saudi dari seluruh dunia pada musim haji. Umat Islam wajib melakukan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mampu.

Kerajaan itu juga menutup pawagam, pusat membeli-belah dan restoran dan menghentikan penerbangan dalam usaha membendung peningkatan virus itu.

Raja Salman telah memberi amaran mengenai "keadaan lebih sukar" , selain kerajaan itu untuk turut berhadapan melawan virus itu, selain isu harga minyak. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X