Selasa, 7 April 2020 | 9:45am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: China catat sejarah tiada kematian baru

BEIJING: China hari ini mencatat sejarah apabila tiada kematian baharu akibat COVID-19 bagi kali pertama sejak mengumumkan kematian bermula Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, berkata pandemik di negara itu semakin pulih sejak Mac, namun kembali merekodkan kes akibat jangkitan import dari luar negara.

Pihak berkuasa Kesihatan China, melaporkan 32 kes baharu yang semuanya kes import menjadikan keseluruhan jumlahnya adalah 1,033 kes.

“Satu perempat kes terkini itu iaitu 30 kes tanpa gejala baharu juga adalah daripada kes import iaitu jangkitan dari luar negara,” katanya.

China pada mulanya tidak telus berkongsi perkembangan sebenar hingga menjadi kemarahan berikutan virus merebak dengan cepat ke seluruh dunia.

Wabak yang berpunca dari Wuhan pada penghujung tahun lalu dengan ramai penduduk disahkan dijangkiti virus itu.

Sementara itu, pihak berkuasa negara itu mengumumkan Wuhan sebagai bebas epidemik pada Isnin, di 45 kawasan penempatan penduduk.

Sehingga kini sebanyak 81,740 kes dan 3,331 kematian dilaporkan di China dengan kebanyakan dari Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Angka global pula mencatatkan lebih 70,000 kematian dengan Eropah dan Amerika Syarikat terjejas teruk akibat pandemik itu. - AFP


  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X