Ahad, 31 Mei 2020 | 4:31pm
Arab Saudi mengumumkan pembukaan semula Masjid Nabawi di Madinah kepada orang awam secara berperingkat bermula hari ini. - Foto haramain.com

Suasana Subuh di Masjid Nabawi yang mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan. - Foto haramain.com

Masjid Nabawi mula dibuka hari ini

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pembukaan semula Masjid Nabawi di Madinah kepada orang awam secara berperingkat bermula hari ini.

Arab News melaporkan, selain itu, masjid lain dalam kerajaan itu kecuali di Makkah akan dibuka kepada jemaah bermula hari ini, sebagai sebahagian daripada kemudahan terhadap larangan perintah berkurung dalam mencegah penyebaran COVID-19.

Jumaat lalu, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh, mengumumkan berhubung kesediaan masjid di situ untuk menyambut jemaah selepas beliau selesai mengadakan lawatan ke lapangan untuk memeriksa persiapan yang diperlukan.

"Melalui lawatan pemeriksaan itu, kami mendapati masjid kami sudah selesai membuat persiapan dan berada dalam keadaan terbaik, " katanya. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X