Isnin, 6 Julai 2020 | 10:34pm

China ambil langkah berjaga-jaga susulan kes hawar bubonic

BEIJING: Pihak berkuasa China di utara wilayah Inner Mongolia meningkatkan langkah berjaga-jaga selepas seorang pengembala disahkan menghidap 'bubonic plague' atau hawar bubonik hujung minggu lalu.

Suruhanjaya Kesihatan bandar berkenaan, dalam satu kenyataan, menjelaskan lelaki terbabit kini stabil dan dirawat di hospital di Bayannur.

Suruhanjaya itu melarang perburuan dan pemakan haiwan pembawa hawar itu, terutama marmot iaitu sejenis tikus, hingga hujung tahun, selain menggesa orang ramai melaporkan sebarang kematian atau tikus berpenyakit.

Bakteria mengakibatkan penyakit itu, Yersinia pestis, boleh berjangkit kepada manusia daripada kutu yang berada di badan tikus.

Though the highly-contagious plague is rare in China and can be treated, at least five people have died from it since 2014, according to China's National Health Commission.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, walaupun hawar yang mudah berjangkit itu jarang ditemui di China dan boleh dirawat, sekurang-kurangnya lima orang terkorban ekoran jangkitan itu sejak 2014.

Satu lagi kes hawar bubonik disyaki yang dilaporkan hari ini membabitkan remaja lelaki berusia 15 tahun, yang mengalami demam selepas makan marmot diburu anjing di kawasan berhampiran Mongolia, lapor agensi berita Xinhua.

Dua beradik turut disahkan menghidap penyakit itu selepas makan daging marmot di wilayah Khovd, Mongolia, minggu lalu, lapor agensi berkenaan.

Kira-kira 146 orang dikatakan kontak rapat kepada pasangan dua beradik itu dan kini dikuarantin - AFP

Berita Harian X