Khamis, 9 Julai 2020 | 8:49pm
Kakitangan perubatan melihat di pintu pagar selepas semua pesakit keluar dari hospital sementara yang dibina di sebuah stadium di Wuhan, pada Mac lalu. - Foto fail AFP
Kakitangan perubatan melihat di pintu pagar selepas semua pesakit keluar dari hospital sementara yang dibina di sebuah stadium di Wuhan, pada Mac lalu. - Foto fail AFP

Lelaki bunuh sukarelawan COVID-19 dihukum mati

BEIJING: Seorang lelaki warga China yang menikam mati dua sukarelawan di pusat pemeriksaan COVID-19 dihukum mati hari ini oleh Mahkamah Agung negara itu.

Ma Jianguo, 24, menikam beberapa kali di perut dua sukarelawan menjaga penghadang jalan berikutan perintah berkurung ketat akibat pandemik COVID-19

Menurut kenyataan mahkamah di akaun media sosial rasmi, tertuduh ketika itu sedang memandu dan dalam perjalanan menuju ke pesta karaoke di pedalaman Yunnan sebelum tiba di penghalang jalan terbabit.

Salah seorang rakannya kemudian cuba mengalihkan penghalang itu, sekali gus mencetuskan perselisihan dengan sukarelawan yang menjaganya.

Tragedi berlaku pada Februari lalu, ketika puluhan juta rakyat menjalani perintah berkurung di rumah ketika negara itu berdepan wabak COVID-19 yang semakin teruk.

"Ketika tindak balas kecemasan kesihatan awam kelas satu di wilayah Yunnan, Ma Jianguo enggan mematuhi dasar pencegahan dan kawalan wabak serta langkah kawalan lalu lintas," menurut penghakiman di laman sesawang itu.

Sejak penularan wabak COVID-19 pada akhir tahun lalu di Wuhan, China melakukan pendakwaan terhadap ratusan penduduknya atas pelbagai kesalahan.

Ini termasuk penyebaran 'khabar angin' mengenai penularan, menyembunyikan jangkitan dan tidak mematuhi garis panduan pencegahan wabak.

Pelaksanaan hukuman mati Ma dipercayai adalah yang pertama dilakukan atas kesalahan membabitkan COVID-19.

Menurut pegawai mahkamah di Beijing, seramai 113 orang didakwa atas pelbagai kesalahan membabitkan wabak berkenaan sejak penularan baharu muncul pada awal Jun lalu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X