Ahad, 2 Ogos 2020 | 2:10pm
SEBANYAK 54,000 liter cecair pembasmi kuman digunakan sehari bersihkan Masjid Haram.- Foto/AGENSI
SEBANYAK 54,000 liter cecair pembasmi kuman digunakan sehari bersihkan Masjid Haram.- Foto/AGENSI

54,000 liter pembasmi kuman sehari bersihkan Masjid Haram

MAKKAH: Pihak berkuasa Makkah menggunakan sebanyak 54,000 liter cecair pembasmi kuman setiap hari untuk membersihkan Masjidil Haram pada musim haji tahun ini, sebagai langkah pencegahan terhadap penularan wabak COVID-19.

Ketua Umum Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berkata, operasi itu membabitkan seramai 3,500 pekerja sejak beberapa hari lalu yang membersihkan bahagian dalam dan luar masjid sehingga 10 kali sehari.

Bilangan jemaah bagi musim haji tahun ini dikecilkan kepada hanya 10,000 jemaah yang dibenarkan berada dalam tanah suci itu susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Menurut wakil kerajaan, lebih 3,500 pekerja menggunakan sekurang-kurangnya 95 peralatan moden untuk mengerjakan proses pembersihan.

"Pihak institusi menggunakan sekitar 2,400 liter pembersih setiap hari, termasuk 1,500 liter untuk bahagian permukaan dan 900 liter bagi pembersihan manual, " menurut kenyataan daripada pihak berkuasa.

SERAMAI 3,500 pekerja terbabit dalam kerja pembersihan.- Foto/AGENSI
SERAMAI 3,500 pekerja terbabit dalam kerja pembersihan.- Foto/AGENSI

Jemaah Haji di Arab Saudi kini dalam tempoh melontar jamrah sejak Jumaat lalu, iaitu salah satu kewajipan terakhir dilakukan jemaah dalam ibadat yang mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan.

Musim Haji tahun ini dilaksanakan bersama kaedah pencegahan COVID-19 termasuk mengamalkan penjarakan sosial sepanjang proses itu dijalankan umat Islam.

GUNAKAN 95 peratus peralatan moden bersihkan di dalam dan luar masjid
GUNAKAN 95 peratus peralatan moden bersihkan di dalam dan luar masjid

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X