Sabtu, 8 Ogos 2020 | 9:53pm
Letupan di Beirut membunuh sekurang-kurangnya 154 orang dan menghancurkan ibu negara Lubnan itu. Foto AFP
Letupan di Beirut membunuh sekurang-kurangnya 154 orang dan menghancurkan ibu negara Lubnan itu. Foto AFP

Isteri duta Belanda korban letupan Beirut

THE HAGUE: Isteri duta Belanda ke Lubnan, Jan Waltmans meninggal dunia akibat luka yang dialami dalam letupan bom Beirut, kata kementerian luar Belanda hari ini.

"Dengan rasa kecewa dan kesedihan yang amat, kami melaporkan kematian rakan sekerja kami Hedwig Waltmans-Molier. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam letupan besar di Beirut," kata satu kenyataan kementerian.

Hedwig terkena serpihan akibat letupan sejurus kembali ke Lubnan dari percutian bersama suami yang dikahwininya selama selama 38 tahun.

"Hedwig berdiri di ruang tamu di sebelah suaminya ketika dia terkena serpihan. Tidak bernasib baik, terkena akibat letupan," kata kementerian itu.

Wanita 55 tahun itu satu-satunya warganegara Belanda yang dilaporkan meninggal dunia akibat letupan di Beirut pada Selasa, yang membunuh sekurang-kurangnya 154 orang dan menghancurkan ibu negara Lubnan itu.

Lima warga Belanda yang lain cedera ringan, kata kementerian itu. - AFP

Berita Harian X