Selasa, 24 Disember 2019 | 4:58pm
PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison. - Foto REUTERS

PM Australia didesak letak jawatan

SYDNEY: Desakan agar Perdana Menteri Australia, Scott Morrison meletak jawatan berlegar di media sosial selepas percutiannya di Hawaii tular, ketika negara itu sedang berdepan kebakaran hutan dan sebaik kembali beliau gagal menghentikan kritikan.

Pengundi menggunakan media sosial menyeru kepimpinan ketika saat krisis dan terdapat editor politik daripada beberapa negara, mengkritik keengganan Morrison untuk mengambil tindakan keras terhadap perubahan cuaca.

Kritikan terhadap beliau tidak ubah seperti kritikan pelawak Amerika terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Morrison ditertawakan di media sosial kerana digambarkan sebagai makhluk cacat yang duduk di atas hutan terbakar pada Hari Krismas sambil mengetuk seketul arang batu yang dianggap ‘berharga’ kepada adiwira terbang, diberi gelaran ‘Bullshit Man’ (Lelaki Karut).

Menerusi Twitter hari ini tanda ‘#NotMyPrimeMinister’, ‘#MorrisonMustGo’ dan ‘#ScoMoResign’ antara topik paling terkenal di Australia selepas rakaman video menunjukkan bomba sukarela, Jacquie berjabat tangan dengan Morrison sambil berkata “bukan perdana menteri saya”.

Hasilnya, ramai pengguna Twitter turut berkongsi komen, “Jacquie, untuk kita semua,” tulis Yabba, seorang lagi pengguna @bugwannostra, “dia hanya mengatakan apa yang difikirkan 12 juta orang”.

Status twitter itu ternyata menarik perhatian Morrison hari ini, beliau membalas “Sebenarnya, ketika Jacqui bergurau dengan saya semalam, saya bukan PM dia, kerana dia adalah rakyat Britain, sama seperti Boris Johnson”.

Kebakaran hutan sudah memusnahkan lebih empat juta hektar tanah di lima negeri dan mengorbankan sembilan orang sejak September lalu.

Pada masa sama, kebakaran di selatan Australia masih gagal dikawal, selepas api memusnahkan wilayah pengeluar wain terkemuka dan di seluruh Sydney.

Asap tebal menyelubungi Sydney dalam tempoh beberapa hari bulan ini, menyebabkan kemarahan orang ramai dan meningkatkan tekanan politik kepada kerajaan agar berusaha lebih untuk mengawal perubahan iklim. - Reuters

Berita Harian X