Isnin, 6 Januari 2020 | 8:46pm
4 maut dan lebih 20 mangsa cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan Poland awal hari ini, berkemungkinan disebabkan seorang pesakit yang merokok. - Foto hiasan

Pesakit merokok punca pusat jagaan terbakar

CHOJNICE, Poland: Empat maut dan lebih 20 mangsa cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan Poland awal hari ini, berkemungkinan disebabkan seorang pesakit yang merokok, menurut laporan rasmi.

Tiga meninggal dunia di tempat kejadian jam 3 pagi di bandar Chojnice, sementara mangsa keempat meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kata gabenor wilayah, Dariusz Drelich, di televisyen TVN.

"Mulanya, kebakaran mungkin disebabkan oleh salah seorang pesakit yang merokok," kata jurucakap polis, Michal Sienkiewicz, memetik agensi berita PAP.

Usaha menyelamat terhalang disebabkan tahap kesihatan pesakit dan pergerakan yang terhad serta asap yang banyak, kata jurucakap Perkhidmatan Kebakaran Kerajaan Poland memberitahu TVN. - Reuters

Berita Harian X