Selasa, 2 Jun 2020 | 4:10pm
Penggambaran drama, iklan dan filem dibenarkan mulai Rabu minggu depan. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Penggambaran drama, iklan dan filem dibenarkan mulai Rabu minggu depan. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Penggambaran filem, drama, iklan dibenar Rabu depan

PUTRAJAYA: Penggambaran filem, drama dan iklan mula dibenarkan beroperasi mulai Rabu minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang terbabit mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Aktiviti penggambaran ini mesti mematuhi SOP diputuskan terutama mengenai penjarakan sosial dan tidak boleh melakukan perhimpunan ramai," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memberi komitmen untuk membenarkan penggambaran filem dan drama berjalan selepas Aidilfitri.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X