Selasa, 4 September 2018 | 9:51pm
ISTERI kedua Ashraf melahirkan bayi perempuan, petang semalam. - Foto Instagram Ashraf Muslim
ISTERI kedua Ashraf melahirkan bayi perempuan, petang semalam. - Foto Instagram Ashraf Muslim

Ashraf Muslim dapat anak keempat

Oleh Hanisah Selamat

[email protected]

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 37, berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, yang melahirkan bayi perempuan, semalam.

Katanya, bayi dengan berat 3.07 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor pada jam 5.35 petang.

“Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya teruja. Semoga menjadi anak yang solehah, srikandi yang hebat di mata Allah, sihat dan penyayang.

“Semoga kehadiran anakku membawa ukhuwah kita sekeluarga bertambah erat,” katanya menerusi muat naik di Instagram, hari ini.

Dalam entri yang sama, pelakon dan pengacara itu turut berkongsi gambar bayi bersama Sakinah dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman serta tiga anak mereka.

Terdahulu, bersama Noor Dayana, Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia tiga tahun.

Bersama Sakinah pula, perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, 3.

Berita Harian X