Isnin, 20 Januari 2020 | 9:40pm
Sasha akan mengikut suami berhijrah ke UAE dan m emulakan hidup baharu. Foto Ihsan Sasha Saidin

Sasha nikahi duda anak dua

KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin, 43, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan adik Sasha, Zain Saidin di hadapan ahli keluarga.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha bersyukur majlis pernikahan dirancang, dipermudahkan.

“Sekarang, saya kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri. Doakan kebahagiaan kami,” katanya kepada BH Online.

Pasangan pengantin, Sasha Saidin bersama pasangannya, Sirhan Wahab pada Majlis Sandingan, di The Sanctuary Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

Sasha berkata, dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.

“Ia ibarat pengembaraan baharu yang bakal kami lalui. Namun, pada masa sama, saya rasa gementar,” katanya.

Tambah Sasha, dia mengenali Sirhan sejak di bangku sekolah.

“Jika diikutkan, ketika menuntut di sekolah menengah, kami lebih banyak memendam rasa. Hanya pada tahun lalu, hubungan kami jadi lebih akrab,” katanya.

Sasha berkata, majlis pernikahan dirancang sederhana dan mengutamakan perkara wajib.

Pasangan pengantin, Sasha Saidin bersama pasangannya, Sirhan Wahab pada Majlis Sandingan, di The Sanctuary Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

“Semalam diadakan majlis khatam al-Quran di lokasi sama. Kami pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini. Ketika kami mula rapat, suami adalah duda anak dua,” katanya.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite, pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Majlis pernikahan Sasha dan Sirhan dihadiri Rozita Che Wan dan Maria Tunku Sabri. Turut serta bekas anggota kumpulan Elite, Azza, Watie dan Linda Rafar.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X